? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, November 9, 2009

Perjuangan baru bermula


Assalamualaikum wbt.


Dah lamanya saya tidak menjengah ke laman sesawang ini. Mungkinkah dah bersawang. Thanks Along for updating the posting. Ummi actually has forgotten my own password then created new one for me to enable posting this new coretan. Thanks a lot for uploading my photos of the most memorable moment. Habis dan nak ke garisan penamat my struggled for the past 5 years completing postgrad study. Subhanallah....this is just the beginning of life long learning. When shall I stop????Probably till someone recite talkin on my grave. Well... not to teach me, but those who attend that historical day. Entah bila? Wallahua'lam. But get myself ready and ever ready...Inilah yang dikatakan orang yang paling bijak...sentiasa mengingati mati...Ya Allah..masukkan aku ke dalam golongan ini..


Terlalu banyak nak dicoret dan dikongsikan bersama dengan anak-anak dan mereka yang mengikuti blog ini. Mungkin tak ramai...Tapi elok juga, pengalaman yang baik dikongsi bersama. Mungkin jika masa dilapangkan dan kesihatan yang baik dikurniakan Allah, mampu juga jari-jari ini menari-nari di papan kekunci mengikut irama yang terlintas dalam kotak pemikiran....Terutama pengalaman yang patut dikongsi bersama bagi memberikan pengajaran pada yang lain.


Kelmarin, ummi balik bersama dengan sahabat seperjuangan Kak Nurah dari Kajang menaiki pesawat AirAsia di pagi Ahad. Alhamdulillah, cuaca agak baik. Walaupun dikabarkan bahawa banjir telah melanda kubang pasu. Ummi terlena sehingga roda pesawat menghentak landasan langsung menyentak mimbi yang kabur di pagi itu. Mungkin terlalu letih...banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang hujung minggu. Terutama perjalanan ke Temerloh di pagi jumaat. Malas nak menceritakan kisah tersebut. Yang penting berbanyak-banyak lafaz kesyukuran apabila tanggung jawab sebagai anak cucu yang masih hidup dapat dilaksanakan dengan baik. Bab harta pusaka tidak boleh dipandang ringan. Kerana Allah telah mengingatkan hambanya tentang kewajiban terutama dalam menguruskan harta anak yatim. Semoga Allah mengurniakan rahmat dan keampunan ke atas roh ayahanda, nenda dan juga bapa saudara yang telah hidup sebatang kara itu. Semoga Allah menempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman.


Setelah keluar dari lapangan terbang, ummi menyatakan hasrat sekali lagi kepada kak Nurah untuk mengunjungi KUIN di Alor Setar bagi menguruskan permohonan Along untuk mengikuti pengajian dalam bidang perbankan Islam di sana. Ummi pun tidak tahu kenapa bersungguh-sungguh untuk meminta Along belajar di sana. Ummi meminta Abi untuk menelefon Prof. Wan Sulaiman yang baru dikenali pada minggu lepas di lapangan terbang. Saya harus berjumpa dengannya. Tapi untuk lebih terurus eloklah kalau waris terdekat menyatakan hasrat terlebih dahulu. Kemudian ummi meneruskan urusan tersebut semampu dan terdaya. Macamanapun...pagi tu, ummi terus menuju ke Jitra menyusuri pekan. Langsung lalu di depan jalan ke rumah PM Dr Abu Bakar Hamid. Kak Nurah meminta ummi menziarahinya sebab telah lama tiada kabar berita. Yang kami tahu, dia sedang menjalani rawatan Kemoterapi di Hospital Penang. Rakan-rakan telah cuba menghubungi telefon bimbitnya..tapi tiada jawapan. Pagi itu, kami disambut ramah oleh Kak Asmah isterinya. Alhamdulillah, kelihatannya Dr. Bakar agak ceria dan bertenaga, walaupun badan telah banyak susut dan kepalanya tanpa sehelai rambut dan wajahnya bersih tanpa janggut. Inilah kesan daripada rawatan tersebut. Semoga beliau akan kembali pulih dan dapat terus berbakti dalam perjuangan untuk memartabatkan bidang Muamalat sebagai satu pilihan dalam menegakkan syariat Allah di bumi ini.


Kembali kepada kisah perjalanan untuk melahirkan seorang pejuang ulul albab dalam bidang perbankan Islam. Rasanya ummi telah membuat pilihan yang betul dan tepat. Yang paling penting, biarlah anak ummi dapat berbakti kepada agama dan bangsa dalam mencari keredaan Allah. Ummi tidak hanya melihat kepada peluang pekerjaan dalam industri...tetapi keperluan ummah yang perlu diutamakan. Along mempunyai satu potensi yang sangat besar..Tidak mungkin hal ini ummi persiakan. Biarlah pilihan yang dibuat mengikut tuntutan fardhu kifayah. Yang masih jauh lagi untuk disempurnakan...Ya Allah permudahkanlah segala urusan ini dalam memperjuangkan penegakan syariat agamaMu di bumi ini. Mungkin ini hanya satu impian dan harapan seorang ibu. Tetapi ummi yakin akan masa depan dan hari mendatang yang penuh bermakna. Izinkan ummi mengikut gerak hati dan nurani dalam mencari satu kehidupan yang bermakna bagi hidup seorang anak. Ummi mahu melahirkan seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Belajar bukan sahaja sekadar mendapat ijazah sarjana muda...tetapi sehingga begelar pakar dalam bidang yang diceburi...Ikutilah jejak dan perjuangan ummi ini...Semoga impian ummi menjadi realiti dalam masa 10 tahun lagi..Dr Maryam Syamilah. pakar perbankan Islam...Seorang Hafizdzah..meneruskan perjuangan generasi ulul albab...Ingat..Ummi sanggup memandu sendir merentas sempadan Thailand bersama rombongan menuju ke Besut untuk menghantar Along ke Kostaq....Meninggalkan Along di sana..dan kembali ke Kedah..memandu sendiri meredah dinihari di Tasik Bending bersama Abdul dan Kinah. Syasya dititipkan dengan mak teh su, 2 malam disusui bersama Adam. Terima kasih arwah abah dan mak..kerana sanggup datang pada masa itu...


Along dan anak-anak ummi ...perjuangan ini belum selesai..Malahan perjuangan ini baru sahaja bermula..teruskan langkah-langkah. Mohonlah pertolongan dan pertunjuk daripada Yang Maha Esa.


Ummi, Taman Universiti, Sintok.