? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, March 29, 2010

Meniti hari-hari yang penuh cabaran

Salam. Blog ini dah nak bersawang. Terlalu cepat masa berlalu dan mencemburui kewajiban yang tak terpikul oleh tenaga dan sumber yang ada.

Hari-hari berlalu dengan begitu pantas. Umi hanya sempat menyempurnakan tanggung jawab yang urgent sahaja. Kekadang terpaksa mengenepikan apa yang lebih daruri. Ya Allah aku memohon keampunan atas kelalaian dan juga segala kelemahan yang aku miliki.

Mungkin esok kalau ada kelapangan akan disambung coretan ini. Malam ini, aku berniat untuk bertahajud dan bermunajat untuk mencari kekuatan dan memohon kelapangan dan kemudahan dalam memikul beban tanggung jawab hakiki yang masih aku belum berjaya melunaskannya. Mungkin hari-hari mendatang akan menjadi lebih baik lagi daripada hari semalam. Aku sangat-sangat optimis tentang hal ini kerana itulah janji-janji Allah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Bukankah kami telah melapangkan dadamu,
Dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu,
Yang memberati tanggunganmu,
Dan Kami telah meninggikan bagimu; sebutan namamu,
Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN,
Bahawa sesungguhnya, tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih) maka bersungguh-sungguhlah engkau (mengerjakan amal salih yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan inginkan).

Al-Insyiraah 1-8.

Monday, November 9, 2009

Perjuangan baru bermula


Assalamualaikum wbt.


Dah lamanya saya tidak menjengah ke laman sesawang ini. Mungkinkah dah bersawang. Thanks Along for updating the posting. Ummi actually has forgotten my own password then created new one for me to enable posting this new coretan. Thanks a lot for uploading my photos of the most memorable moment. Habis dan nak ke garisan penamat my struggled for the past 5 years completing postgrad study. Subhanallah....this is just the beginning of life long learning. When shall I stop????Probably till someone recite talkin on my grave. Well... not to teach me, but those who attend that historical day. Entah bila? Wallahua'lam. But get myself ready and ever ready...Inilah yang dikatakan orang yang paling bijak...sentiasa mengingati mati...Ya Allah..masukkan aku ke dalam golongan ini..


Terlalu banyak nak dicoret dan dikongsikan bersama dengan anak-anak dan mereka yang mengikuti blog ini. Mungkin tak ramai...Tapi elok juga, pengalaman yang baik dikongsi bersama. Mungkin jika masa dilapangkan dan kesihatan yang baik dikurniakan Allah, mampu juga jari-jari ini menari-nari di papan kekunci mengikut irama yang terlintas dalam kotak pemikiran....Terutama pengalaman yang patut dikongsi bersama bagi memberikan pengajaran pada yang lain.


Kelmarin, ummi balik bersama dengan sahabat seperjuangan Kak Nurah dari Kajang menaiki pesawat AirAsia di pagi Ahad. Alhamdulillah, cuaca agak baik. Walaupun dikabarkan bahawa banjir telah melanda kubang pasu. Ummi terlena sehingga roda pesawat menghentak landasan langsung menyentak mimbi yang kabur di pagi itu. Mungkin terlalu letih...banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang hujung minggu. Terutama perjalanan ke Temerloh di pagi jumaat. Malas nak menceritakan kisah tersebut. Yang penting berbanyak-banyak lafaz kesyukuran apabila tanggung jawab sebagai anak cucu yang masih hidup dapat dilaksanakan dengan baik. Bab harta pusaka tidak boleh dipandang ringan. Kerana Allah telah mengingatkan hambanya tentang kewajiban terutama dalam menguruskan harta anak yatim. Semoga Allah mengurniakan rahmat dan keampunan ke atas roh ayahanda, nenda dan juga bapa saudara yang telah hidup sebatang kara itu. Semoga Allah menempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman.


Setelah keluar dari lapangan terbang, ummi menyatakan hasrat sekali lagi kepada kak Nurah untuk mengunjungi KUIN di Alor Setar bagi menguruskan permohonan Along untuk mengikuti pengajian dalam bidang perbankan Islam di sana. Ummi pun tidak tahu kenapa bersungguh-sungguh untuk meminta Along belajar di sana. Ummi meminta Abi untuk menelefon Prof. Wan Sulaiman yang baru dikenali pada minggu lepas di lapangan terbang. Saya harus berjumpa dengannya. Tapi untuk lebih terurus eloklah kalau waris terdekat menyatakan hasrat terlebih dahulu. Kemudian ummi meneruskan urusan tersebut semampu dan terdaya. Macamanapun...pagi tu, ummi terus menuju ke Jitra menyusuri pekan. Langsung lalu di depan jalan ke rumah PM Dr Abu Bakar Hamid. Kak Nurah meminta ummi menziarahinya sebab telah lama tiada kabar berita. Yang kami tahu, dia sedang menjalani rawatan Kemoterapi di Hospital Penang. Rakan-rakan telah cuba menghubungi telefon bimbitnya..tapi tiada jawapan. Pagi itu, kami disambut ramah oleh Kak Asmah isterinya. Alhamdulillah, kelihatannya Dr. Bakar agak ceria dan bertenaga, walaupun badan telah banyak susut dan kepalanya tanpa sehelai rambut dan wajahnya bersih tanpa janggut. Inilah kesan daripada rawatan tersebut. Semoga beliau akan kembali pulih dan dapat terus berbakti dalam perjuangan untuk memartabatkan bidang Muamalat sebagai satu pilihan dalam menegakkan syariat Allah di bumi ini.


Kembali kepada kisah perjalanan untuk melahirkan seorang pejuang ulul albab dalam bidang perbankan Islam. Rasanya ummi telah membuat pilihan yang betul dan tepat. Yang paling penting, biarlah anak ummi dapat berbakti kepada agama dan bangsa dalam mencari keredaan Allah. Ummi tidak hanya melihat kepada peluang pekerjaan dalam industri...tetapi keperluan ummah yang perlu diutamakan. Along mempunyai satu potensi yang sangat besar..Tidak mungkin hal ini ummi persiakan. Biarlah pilihan yang dibuat mengikut tuntutan fardhu kifayah. Yang masih jauh lagi untuk disempurnakan...Ya Allah permudahkanlah segala urusan ini dalam memperjuangkan penegakan syariat agamaMu di bumi ini. Mungkin ini hanya satu impian dan harapan seorang ibu. Tetapi ummi yakin akan masa depan dan hari mendatang yang penuh bermakna. Izinkan ummi mengikut gerak hati dan nurani dalam mencari satu kehidupan yang bermakna bagi hidup seorang anak. Ummi mahu melahirkan seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Belajar bukan sahaja sekadar mendapat ijazah sarjana muda...tetapi sehingga begelar pakar dalam bidang yang diceburi...Ikutilah jejak dan perjuangan ummi ini...Semoga impian ummi menjadi realiti dalam masa 10 tahun lagi..Dr Maryam Syamilah. pakar perbankan Islam...Seorang Hafizdzah..meneruskan perjuangan generasi ulul albab...Ingat..Ummi sanggup memandu sendir merentas sempadan Thailand bersama rombongan menuju ke Besut untuk menghantar Along ke Kostaq....Meninggalkan Along di sana..dan kembali ke Kedah..memandu sendiri meredah dinihari di Tasik Bending bersama Abdul dan Kinah. Syasya dititipkan dengan mak teh su, 2 malam disusui bersama Adam. Terima kasih arwah abah dan mak..kerana sanggup datang pada masa itu...


Along dan anak-anak ummi ...perjuangan ini belum selesai..Malahan perjuangan ini baru sahaja bermula..teruskan langkah-langkah. Mohonlah pertolongan dan pertunjuk daripada Yang Maha Esa.


Ummi, Taman Universiti, Sintok.

Tuesday, October 20, 2009

ENAM KOSPIRATOR

pesawat peribadinya entah berapa buah
bisa keluar masuk negaraku
tanpa ada siapa mengganggu
boleh bawa apa saja(ringgit, wanita, etc)
tanpa tiada siapa bertanya.

lahirnya tanpa tengku
namun tengku akan terpahat di nesannya
dan rumah tiga tingkat di pinggir lebuhraya
bakal menjadi piramid
yang akan dilawati
oleh anak cucu kita
yang akan berkata:
'kejamnya engkau, duhai kospirator"

usahlah kita hairan
bila musibah yang menimpa
tidak menginsafkannya
lantaran hidupnya tanpa agama
dan usah juga kita merasa hairan
jika dia ingin menjadi menteri perdana
tanpa bertanding pilihan raya.

hobinya jim rummy
isteri keduanya artis seksi
yang pernah lemas
dalam pelukan barry prima alias tarzan
dan kini konspirator ini diludah setiap hari
di kampung sendiri.

aku hanya ingin mengulang
apa yang dihebohkan orang
bahawa dia akan menerkam
meskipun hanya sebatang tiang
jika disarung seluar dalam.

barua konspirator hanyalah seekor anjing
yang sedia mencakar apa sahaja
sebagai tanda taat setia.

Zizie Ali
28.03.01

bUaT kEsEkiaN KaLinYa..

assalmualaikum pembuka bicara,

ditujukan buat semua pembaca,
just untuk suka-suka,
pantun sebagai pemula bicara..

hehe..betul tak ni?x pe laa.kita taram je laa..ya
ng sedang mencoretkan sesuatu di sini ialah along?sapekah along?
anak ummi laa..hehe...
i wanna share sumthing yang sangat menghepikan ummi semalam and a day before yesterday..
baiklah student sekalian,mari kita mulakan from the day before yesterday.
thesis ummi da diapprove dan boleh dijilidkan.hehe..bestnye..pastu,dengan pastasnye ummi balek from UKM n wat sket corrction b4 dianta ntuk dibukukan..
pagi tu lam pkl 8.45 pg,kinah sent msg yg mengatakan bhwe die dah khatam 30 juzu' al-quran..alhamdulillah.she's da first hafizah in our family..

petang tu kinah call umah,then dia gtaw kat abi.......

abi: kita wat pulut kuning 2 gantang ea nanti.da due org da khatam..ummi khatam PhD,kinah lak khatam al-quran.okei la tu kan?(sambil tergelak-gelak)
along: okei gak tu.kita bagi2 sket kat jiran.bwk p suarau sket..hehe...dapat pahale..^_^

then,yesterday ummi da submit thesisnya yang sebenar-benarnye kat UKM.kat pusat pengajian siswazah kot.x hengat laa..


























huhu...pening2..ade sket prob nak upload gambo..huhuhu..next tem along upload yg len lak..nie jerk yang berjaye..pening2..
pape pown,huv a nice day!

Thursday, May 7, 2009

Bersama anak-anak




Assalamualaikum,




Hari ini ummi berpeluang menghabiskan cuti hujung minggu bersama anak-anak. Semalam, ira dan kinah menelepon ummi semasa mereka dalam perjalanan dari Dungun ke Kajang menaiki bas ekspress Adik Beradik. Cuti umum hari Wesak jatuh pada hari sabtu, jadi hari Ahad sekolah depa cuti. Dapatlah long weekend. Ira perlu membuat follow up check up dengan dentist. Satu alasan yang munasabah untuk diberikan kepada pihak asrama untuk pulang ke rumah. Kinah pulak, memberikan alasan menemani adiknya dalam perjalanan yang memakan masa 8 jam dengan bas ekspress. Ermmm...pandai-pandai ajer mereka nak balik. Tapi alasan yang syarie...Kata ira " Jom...Lumba. Siapa sampai dulu ke Kajang". Ummi beritahu, penerbangan dari Alor Setar pada pukul 5.40 petang. Boleh jugak kalau nak lumba. Tapi dah tahu, siapa yang menang dan siapa yang kalah. Macam cerita kura-kura berlumba dengan arnab. Bas ekspress vs Airasia. Nampak gayanya, abi kena ambik depa dulu kat Hentian Kajang. Kemudian, mereka semua ke LCCT. Ummi dah jangka semua tu.

Beginilah kehidupan ummi. Setiap hujung minggu berulang-alik dari Alor Setar ke Kajang. Nanti ummi coretkan pengalaman-pengalaman menarik yang boleh dijadikan iktibar bagi yang lain. Macam-macam gelagat manusia yang boleh dibuat pemerhatian dan boleh dijadikan kajian kes.

Okey..Hari ini boleh habiskan waktu di rumah dengan anak-anak. Melayani kerenah mereka yang pelbagai. Pagi-pagi lagi, syasya dah umumkan tak mau pergi tadika. Kemudian ajak ummi pergi berenang di kolam mandi UKM..."Emmm, not this weekend. Everyone is at home. Abi, Ira, Kinah and Along semuanya cuti, kecuali abang jer. Next weekend we can spend time together in the pool, until you are shivering". The negotiation stopped as abi interfered, asking her to have a shower. Macam tulah...

Wednesday, May 6, 2009

SELAMAT HARI IBU...
Ucapan untuk mereka yang bergelar IBU.

ORANG KATA AKU LAHIR DARI PERUT MAK
(bukan orang kata...tapi itulah hakikatnya)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasangan ku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

(Petikan daripada coretan sahabat siber yang mungkin telah pernah anda baca. Ummi tak tahu siapa penulis asalnya. Tapi satu perkongsian yang sangat mencuit perasaan, boleh dikongsi bersama dengan mereka yang bergelar anak)...Ummu Maryam

Tuesday, May 5, 2009

Assalamualaikum wbt.

Jazakillah... my dearest sister and daughter. Tercapai jugak impian ummi nak ada blog. Tujuan utama adalah sebagai satu wadah perkongsian pengetahuan dan pengalaman dengan makhluk di alam siber. Mungkin akan ada yang sudi membaca, mungkin tidak. Tak mengapa. Asalkan bualan fikiran ini dapat dikongsi oleh minda yang lain, bagi yang sudi menerokanya.

Just to say...terima kasih kepada yang sudi. Terutama bagi adik dan anak-anak yang dikasihi. Ucapan terima KASIH, bukan sekadar thank you..tetapi KASIH yang sebenarnya....